INGINKAN LAGI DARI MAKLUMAT INI?

Anti - Teori Konspirasi, Freemason, Justin Bieber dan Evil

Hi. Beberapa hari lepas, aku dapat beberapa spammer yang mungkin obses dan taksub dengan Freemason & Illuminati. Well, you know... Freemason....Illuminati. The things that Malaysian or mostly Malays love it so much for making the issues. So, aku amat berharap yang spammer tu masih ada di sini. Sebab aku nak troll se-troll-trollnya.

Well, aku tak faham lah. Ada orang kata Lady Gaga buat lagu yang Freemason / Illuminati. Kalau terbalikkan lagu tu, boleh dengar mesej yang terserat. Alah. Mengada-ngada betullah lah Freemason / Illuminati nak main terbalik-terbalik lagu and mesej tersirat ni. Bagi tahu direct to the point tak boleh ke? And then, now, keluar pula isu Justin Bieber punya song bila di reverse kan, akan keluarkan lirik-lirik yang memuja syaitan dan Immuninati. Tapi kan, aku pelik sebab WHAT THE HELL IS GOING ON? Berjuta orang view video kononnya Justin Bieber / Lady Gaga / Michel Jackson ni adalah geng One-World-Order-apa-tah, tapi tak ada sorang pun nak check kan kesahihan video tu.

Dan, aku juga dapat satu video kat facebook yang gila lah gempak. Superb punya gampak sekali korang tengok, mesti gugur jantung. Tak percaya, sila tengok video di bawah.


Video di atas adalah pasal lagu Justin Bieber yang di reverse kan. Dan, bila dah di reversed, korang boleh dengar evil message yang dia nak sampaikan. So, selepas anda melihat clip video yang ada mesej yang di tayangkan di atas, apa yang perlu anda buat? Apa? Kaji? JANGAN. Jangan kaji kesahihan video tu. Kita kan orang Islam. Kita kan orang Melayu. Orang melayu mana main kaji-kaji ni. Sebab, sebagai orang melayu, kita perlu cepat melatah dan paranoid serta bersikap overreacted dan tanpa membuang masa serta tanpa berfikir, kita perlu forwardkan video tu ke serata dunia. Why? SEBAB FREEMASON IS EVERYWHERE AAARRRHHH. WE ALL GOING TO DIE!.

Then then then, kalau korang ada jumpa artilce cakap air Pepsi tu haram atau Colgate tu haram, atau air mineral ada Holy Water yang haram, korang jangan kaji artilce tu. Korang wajib percaya. Why? Sebab artikel tu at least mengajar korang untuk berhati-hati terhadap benda haram. Tak apa kalau article tu fitnah Colgate ke, fitnah KFC ke, fitnah McD ke, yang penting, objective article tu tercapai. Matlamat kan membenarkan cara. Fitnah sikit pun apa salahnya.

Duh,


This cute-cute entry, aku tujukan khas kepada sesiapa yang amat fanatik dan obses terhadap Freemason / Illuminati sampaikan semua benda nak di mark / cop sebagai Freemason / Illuminati. Atau, mereka lebih di kenali dengan penganut teori konspirasi yang tak der kerja nak buat selain reka cerita.

Well, betul ke video Justin Bieber dan evil message dia tu? Mari kita tengok kesahihan video tu.

Mula-mula, kita download video tu then kita convertkan video yang amat sahih tersebut ke audio. Of course lah kita converkan ke format yang paling mudah which is MP3. For me, aku guna Hamster Free Converter.


Then, selepas dah format, kita akan dapat audio pasal lagu Justin Bieber yang paling sahih yang ada secret message tu. Then, well, aku tak pandai lah pasal CSI atau kaji audio ni. Tapi, aku tau yang kita boleh tengok graph atau audio spectrum atau apa-apa je lah nama dia, melalui Audacity.


3 parts in a video


Aku ambil part pertama je.


Yang belah kiri adalah original song dan yang belah kanan adalah reversed song (kononnya).


Aku select yang reversed part of the song.


Aku reverse kan nya sekali lagi. Why aku reverse kannya? Sebab katanya, part yang belah kanan dah diterbalikkan untuk dapatkan secret message yang boleh di revealkan. So, kalau dari segi teori, menterbalikkannya lagu yang dah terbalik, akan memberikan lagu original kan?


Belah kiri adalah yang original, dan yang kanan adalah double reversed part of the song.
And mari kita compare.


Sila besarkan gambar untuk comparekan sendiri.

Okay fine korang tak percaya dengan apa yang korang lihat. Biasalah, manusia. Bila dah ada mindset yang tersendiri, memang susah nak terima pendapat orang lain. So, memandangkan mata anda pandai menipu anda yang menyebabkan anda tak percaya akan bukti yang aku keluarkan, aku dengan rajinnya mengupload lagu tersebut. Lagu Justin Bieber yang ori + lagu yang di reversed kan. Korang boleh dengar sendiri yang lagu tu dah di edit yang menyebabkan ianya menghasilkan 'evil message' bila di reverse kan. Tak tau lah kalau telinga anda pun pandai menipu.

*****************
Lagu ori pada beberapa minit pertama, then lagu yang double reversed di beberapa minit kemudiannya. Korang boleh dengar dengan jelas yang lagu tu dah di edit supaya ada lirik konon puja syaitan satanic orb.

*************

Tak guna punya Illuminati. Tak pasal-pasal, aku dah pecah rekod sebab ada lagu Justin Bieber dalam laptop aku. Sebab kalau nak diikutkan, lagu Justin Bieber memang tak pernah ada kat laptop aku sebelum ni. Tapi, bila isu Illuminati ni keluar, nak tak nak, aku kena download juga. Well, I don't like Justin Bieber. Why? Because I don't like her style and her song. Yeah, she just listed as #7 of 50 Most Popular Women Based on Google Ranking, but still, she is not my type.

Dan yang terakhir, logik ke mamat Justin Bieber yang girlish boy tu jadi Young Leader of Illuminati New World Order? Yea, Hell no. So, that video is fake and hoax video. I just proved that. Kalau korang tak percaya, korang boleh prove kan sendiri. Try ah. Wajib try bagi orang-orang yang fanatik dengan freemason-is-everywhere dan geng theori konspirasi.

[By - Unknown]

Geng freemason / Illuminati rancang kelahiran Dajjal? Alaaa balik-balik isu ni. Allah kan dah cakap dah Dajjal tu akan tubik (keluar) juga nanti. Sebab apa? Sebab Allah yang lepaskan Dajjal. Bukannya geng Freemason. Then, selepas benda pelik tu di lepaskan bla bla bla, Nabi Isa akan turun dan bunuh Dajjal tu. Tu benda dah tulis dalam Al-Quran. Nak di kaitkan dengan Freemason dan illuminati apasal pulak?

And then, pasal Horsemen. Ada pula geng Freemason kaitkan Knight Templar denganHorsemen. Padahal Horsemen tu kan fahaman dari bible. Sejak bila pula penganut theori konspirasi ni percaya kat bible? Tahu tak bible tu dah berapa banyak kali di tulis semula sedangkan Al Quran dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah? See? Tak pasal-pasal korang (Peng-taksub Freemason) dah percaya kat Bible.

Terdapat dua jenis bacaan yang perlu kita tahu bezakan.

  1. Bacaan yang mengajak kita berfikir (Buku H.M Tuah, Hlovate, Irfan Khairi, Andrew Matthews)
  2. Bacaan yang memutarbelit fakta dan memaksa kita berfikir seperti penulisnya. (Black Bible, Theory Conspiracy, Mastika, Infiniti dan Blog Anti -Freemason)

Jenis bacaan yang pertama akan membentuk kita menjadi diri kita sendiri. Dan jenis bacaan yang kedua adalah propaganda yang mahu kita menjadi brainless zombie.

So, Justin Bibir ni ada kaitan dengan freemason? Iklan Tv3 ada kaitan dengan freemason?AJL2010 ada kaitan dengan Freemason? KLCC Twin Tower ada kaitan dengan Freemason? Logo Mara ada kaitan dengan Freemason? Sejarah pembetukan Malaysia ada kaitan dengan Freemason? TNB Malaysia ada kaitan dengan Freemason? Then Knight Template Templar?

what joke!


RUNGKAI AGAMA JUDAISM

JUDAISM

Agama Judaism adalah kepercayaan yg dianuti oleh hampir kebanyakan bangsa Yahudi. Kepercayaan ini dikatakan berasal dari kawasan Timur Tengah dan berusia lebih kurang 3500 tahun. Ajarannya dipercayai diasaskan oleh Abraham (nabi Ibrahim as) dan Moses (nabi Musa as). Penganut Judaisma adalah golongan yg percaya kepada satu Tuhan dan menganggap mereka adalah golongan yg diberi keistimewaan oleh Tuhan melebihi kaum2 yg lain di dunia. Tempat suci mereka dipanggil Synagogue dan diketuai oleh seorang Rabbi yg bermaksud guru. Rabbi adalah panggilan kepada seorang ulama’ Yahudi yg pakar dalam Peraturan Yahudi(Jewish Law). Pd kebiasaannya, Rabbi akan mengetuai upacara keagamaan Yahudi selain berfungsi sebagai perunding dlm bab kerohanian. Kitab suci kaum Yahudi dikenali sebagai Kitab Perjanjian Lama(Bible Old Testament) atau ‘Tanakh’ dalam bahasa Hebrew. Ia mengandungi 39 himpunan buku2 yg dibahagi kpd 3 bahagian: Torah, Nevi’im dan Ketuvim.

‘Torah’ merujuk kepada 5 buku pertama (’Pentateuch’ dlm bahasa Greek atau ‘Hamisha Humsei’ dlm bahasa Hebrew) dari Old Testament iaitu Genesis, Exodus,Leviticus, Numbers dan Deuteronomy. Semua isi Torah adalah berkaitan dengan Nabi Musa(as). Kisah Penciptaan Alam Semesta(The Creation of the Universe) dlm Torah(byk diceritakan dlm buku Genesis) dipercayai ditulis 1000 tahun selepas kewafatan Nabi Musa(as). Perlu diingatkan bahawa penulis2 Yahudi pada zaman itu mempunyai tradisi memberi hak2 penulisan buku2, kesusasteraan2 terkenal dan lain2 kepada individu2 terkenal di zaman lampau. Bagaimanapun, Torah merujuk kepada kesemua buku2 di dalam Kitab Perjanjian Lama(Old Testament).

‘Nevi’im’ (The Prophets dlm bahasa Inggeris) merujuk kepada 21 buku2 seterusnya iaitu Joshua, Judges, Samuel (2 buku), Kings (2 buku), Isaiah, Jeremiah, Ezekiel, Hosea, Joel, Amos, Obadiah, Jonah, Micah, Nahum, Habakkuk, Zephaniah, Haggai, Zachariah dan Malachi yg menceritakan kisah2 para nabi diwakili dengan setiap nama buku tersebut.

Manakala 13 buku terakhir dirujuk sebagai ‘Ketuvim’ mengandungi buku2 penulisan berbentuk sajak, puisi, nyanyian dan falsafah iaituPsalms, Proverbs, Job, Song of Songs, Ecclesiastes, Ruth, Esther, Lamentations, Daniel, Ezra, Nehemiah dan Chronicles (2 buku).

Selain itu, Judaism juga mempunyai himpunan beberapa karya bertulis berusia hampir 600 CE yg mengandungi terjemahan kepada perbincangan di antara rabbi-rabbi dahulu kala dan dokumen material lain yg diambil sebagai undang2, peraturan dlm kepercayaan Judaism, dipanggil sebagai ‘Talmud’. Talmud terbahagi kepada 2 bahagian; ‘Mishnah’ dan ‘Gemara’.

KENALI SIMBOL SYAITAN : THE FACE OF FREEMASONRY


Isyarat Syaitan yang bermaksud " I Love U, Satan"

Codex Magica

Di dalam buku CODEX MAGICAsusunan Texe Marrs telah menerangkan berkaitan tiga versi isyarat “Tanduk Syaitan” seperti gambar di atas ini. Ketiga-tiga isyarat ini merupakan SIMBOLyang sering dipertonjolkan oleh kebanyakkan masyarakat dunia sebagai suatu isyarat komunikasi tanpa lisan. Merujuk kepada pencipta bahasa-bahasa isyarat untuk orang bisu dan pekak iaituHelen Keller, simbol ini dicipta untuk membawa maksud “I love U”. Sehingga sekarang, isyarat tangan seperti ini telah diterima pakai sebagai isyarat yangUNIVERSAL untuk semua bangsa bagi menggambarkan perasaan“AKU CINTA KAMU”. Namun begitu, hasil analisa Texe Marrs di dalam buku Codex Magica yang dikarang olehnya telah mendedahkan suatu tanda yang jelas bahawa simbol ini sebenarnya digunakan oleh golongan-golongan tertentu sebagai menunjukkan sifat “PENYEMBAHAN” dan rasa kecintaankepada unsur-unsur KESYAITANAN. Beliau menyimpulkan bahawa simbol ini sebagai membawa maksud “I LOVE U, SATAN”.

Walaupun Hellen Keller dikenali sebagai penyumbang besar kepada terciptanya bahasa isyarat tangan bagi orang bisu dan pekak tetapi latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai persoalan dan kecurigaan tentang tujuannya. Para penyelidik konspirasi cuba menyimpulkan bahawa isyarat “I love U” yang dicipta oleh Hellen sebenarnya adalah adaptasi dari isyarat yang berunsurkan kesyaitanan. Kesimpulan ini dibuat adalah berdasarkan kepada satu kenyataan beliau di dalam bukunya yang bertajuk ‘Light in My Darkness’ yang diterbitkan pada 1927. Dalam buku tersebut beliau amat mengkagumi pandangan-pandangan “Emanuel Swedenborg” di mana falsafah Swedenborg telah dijadikan pegangan untuk mencapai visi hidupnya.Beliau merupakan seorang ahli akademik dari Sweden yang amat meminati amalan-amalan mistik dan kerohanian yang bercorak kefalsafahan agama. Di kalangan ahli-ahli sejarah, Emanuel diakui seorang yang amat fanatik dengan unsur-unsur tahyul, mistik dan kesyaitanan.

Syaitan mengayakan 'I Love U'

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Muzik

Jika diamati pada kulit albumOzzFest yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ozzy Osborne jelas menunjukkan gambar syaitan sedang memberikan isyarat ‘I Love U’ ciptaan Helen Keller. Manakala pada kulit album Holy Diver yang dinyanyikan oleh DIO menunjukkan seekor syaitan membuat simbol TANDUK SYAITAN ketika memukul seorang paderi yang jatuh di dalam laut. Namun begitu, syukur kepada Allah S.W.T di Malaysia isyarat Tanduk Syaitan hanya popular di kalangan peminat muzik Rock dan tidak diamalkan oleh orang-oran awam mahu pun golongan pentadbir atau ahli politik.

Syaitan memukul paderi sambil mengayakan simbol Tanduk Syaitan

Aksi adiwira mengayakan simbol Tanduk Syaitan

Unsur Tanduk Syaitan Dalam Industri Filem

Siri kartun popular yang difelemkan iaitu Spiderman juga mempamerkan simbol TANDUK SYAITAN di dalam lagak aksi-aksinya. Watak adiwira yang dicipta oleh Stanley Martin Lieber atau lebih dikenali sebagai Stanley Lee ini mula bertapak di persada antarabangsa pada 1962. Beliau merupakan seorang berbangsa Yahudi.

Oleh itu, sudah pastilah beliau tidak akan melepaskan peluang untuk menerapkan simbol-simbol yang bersifat KEYAHUDIANdalam kartunnya. Apabila watak hero komik ini dibaca dan ditonton oleh kanak-kanak maka sudah tentulah segala perilaku aksiwatak tersebut mudah sahaja ditiru oleh mereka.

Tapi sayang, masyarakat dunia umumnya dan orang Islam khususnya dibuai dengan dogengan adiwira ciptaanYAHUDI yang hanya memikirkan bagaimana untuk mengoyahkankeimanan dan ketauhidan dalam jiwa kita. Adakah kita rela pada suatu hari kelak, anak-anak kita meniru simbol atau tingkah laku adiwira sama ada secara sedar atau di bawah sedar? Tepuk dada, tanyalah hati….

Klip video ini akan mendedahkan secara ringkas SIMBOLdan WAJAH sebenar Freemason dalam kehidupan seharian….

RAHSIA SIMBOL SINGA JUDAH

Raja Rimba

Logo yang mempunyai wajah singa merupakan logo yang sangat popular. Kita boleh melihat logo berwajah singa di mana-mana sahaja sama ada di televisyen atau di sekeliling kita. Logo berwajah singa paling banyak digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan, kelab dan syarikat di Negara barat. Logo singa ini sebenarnya bermula dari Negara Barat. Ramai yang tidak mengetahui bahawa simbol singa diperkenalkan oleh orang-orang Yahudi dan ia merebak terlalu banyak di seluruh dunia termasuklah Malaysia sehingga orang Islam sendiri merasa serasi dengannya.

Di Malaysia, singa popular di dalam cerita kanak-kanak dan diberi namaRaja Rimba dalam sesetengah cerita. Kebiasaanya watak singa boleh didapati pada versi cerita sang kancil. Agak menghairankan juga apabila singa dijadikan watak utama bagi sesetengah cerita kanak-kanak sedangkan singa tidak terdapat di Malaysia melainkan hanya di Afrika sahaja.

Singa Judah Dan Yahudi

Bani Israel menganggap watak singa adalah lambang keberanian kepada anak Nabi Yaakub iaitu JUDAH bin YAAKUB. Singa diambil sebagai SIMBOL KEBERANIAN Judah kerana sifat singa yang garang, ngauman yang kuat dan tangkas. Merujuk kepada LAGENDA BANI ISRAEL, pada zaman dahulu singa telah menjadi pengawal di pintu-pintu kuil Yahudi atau Holy Ark yang terletak di Saids, Bara’am dan Horizin (Palestin).

Simbol singa amat mendalam dan bermakna kepada Bani Israel dalam seluruh kehidupan mereka. Simbol singa dipuja sehingga ia dianggap sebagai kewajipan dalam upacara keagamaan. Budaya ini berlaku sehingga sekarang. Semua orang Yahudi menganggap bahawa SINGA adalah lambang bagi keturunan JUDAH.

Selain itu, singa Judah juga mempengaruhi masyarakat Yahudi di dalam penentuan simbol tarikh-tarikh kelahiran. Di dalam sistem kalender Yahudi malah Gregarion sekalipun, kita boleh melihat berbagai jenis bintang bagi melambangkan sifat kelahiran seseorang seperti Leo, Scorpio, Taurus dan Aquarus.

Pengaruh Singa Judah Dalam Masyarakat Moden

Lagenda Bani Israel

Dimanakah anda boleh melihat gambar singa ini? Ianya boleh dilihat di mana-mana sama ada di televisyen, buku majalah, surat khabar ataau bendera. Atau mungkin anda sendiri merupakan salah seorang peminat singa ini tanpa disedari? Kini masyarakat moden sudah terbiasa dengan gambar-gambar singa yang dijadikan logo, simbol atau watak dalam sesuatu organisasi atau cerita. Keterbiasaan ini mungkin disebabkan sudah terlalu banyak gambar-gambar singa yang dilihat setiap hari sehingga kita tidak lagi memperdulikan apakahPENGERTIAN cerita di sebalik gambar singa itu.

Ini berbeza dengan masyarakat Yahudi, mereka dengan apa cara sekalipun akan sentiasa mengaplikasikan sebarang elemen yang terdapat dalam agama mereka. Malah mereka amat konsistan dalam membentuk pengaruh tersebut khususnya objek SINGA JUDAH ini. Di antara contohnya syarikat, organisasi, sukan dan pengaruh dalam kehidupan seharian kita ialah :

Metro-Goldwyn-Mayer (MGM)

MGM - Syarikat perfileman terkenal di Hollywood

Syarikat perfilemen yang terbesar di Hollywood yang menggunakan gambar singa mengaum sebelum sesebuah filem itu bermula sama ada di televisyen, DVD atau panggung wayang. MGM memilih singa sebagai MASKOT syarikat kerana tiga orang pengasasnya adalah berbangsa Yahudi.

Syarikat ini ditubuhkan pada 1924 oleh Marcus Loew apabila beliau berjaya mengambil-alih tiga nama syarikat perfileman di Hollywood iaitu Metro Pictures, Goldywn Pictures Corparation dan Louis B. Mayer Pictures. Setelah mengambil-alih, ketiga-tiga nama syarikat itu digabungkan mejadi satu syarikat yang dikenali sebagai Metro-Goldywn-Mayer.

English Premier League (EPL)

EPL - Semua Kelab Bola Sepak dikuasai oleh Pelobi Yahudi

English Premier League atau lebih dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris merupakan pertandingan bola sepak paling berprestij setakat ini. Dengan keahlian sebanyak 20 kelab ternama, EPL telah menguasai seluruh siaran televisyen dunia tanpa henti sejak ia mula diperkenalkan pada 20 Februari 1992.

Peminat-peminat EPL sudah tidak asing lagi dengan logo gambar singa memakai mahkota sambil memijak bola yang sentiasa terpampang di televisyen sebelum perlawanan bermula. Simbol singa pada logo EPL ini dipercayai adalah singa Judah yang menggambarkan bahawa semua kelab-kelab di bawah EPL dan EPL sendiri adalah dikuasai olehPELOBI-PELOBI YAHUDI. Kini kejohanan liga Inggeris ini telah ditaja oleh Barclays bermula tahun 2004 sehinggalah sekarang.

Lion Club International (LCI)

LCI - Kelab persendirian yang dipercayai memberi dana kepada Zionis

Lion Club International (LCI) adalah antara kelab persendirian yang paling ramai ahlinya. Pada masa ini LCI dianggarkan mempunyai lebih 1.4 juta ahli serta 44,500 cawangan di 203 negara seluruh dunia. Kelab ini diasaskan olehMelvin Jones berbangsa Yahudi pada 1917 di Amerika Syarikat. Matlamat penubuhannya adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada ahli-ahlinya dari segala sudut terutamnya dalam usaha membangunkan keupayaan komuniti. Misalnya membantu masyarakat miskin, khidmat perubatan percuma dan bantuan ubat-ubatan.

Pada 2 Februari 2009, Pengerusi Forum Ulama Rakyat di Indonesia iaitu Atian Muhamad Dai telah mendesak Presiden Bambang Susilo supaya mengharamkan penyertaan umat Islam di dalam Rotary Club dan Lion Club kerana dipercayai kedua-dua kelab ini memberikan sumbangan dana kepada gerakan zionis di seluruh dunia. Oleh sebab itu, amat dipercayai bahawa simbol singa yang digunakan pada Lion Club adalah simbol singa Judah yang diagung-agungkan oleh masyarakat yahudi. Di Malaysia, Lion Club telah berkembang pesat di seluruh semenanjung sejak ia ditubuhkan pada 18 Februari 1959.

Bintang Leo dalam Kalender

LEO - Bintang Singa merujuk kepada anak Nabi Yaakub iaitu Judah

Pengaruh singa Judah juga terdapat pada Kalender Gregorian yang sedang kita gunakan sekarang. Di dalam kalender, singa Judah dipanggil sebagai bintang Leo selain dari bintang-bintang lain seperti Aqurius, Scorpio dan Taurus. Salah satu kitab Judais (Agama bangsa Yahudi) yang bernama Midrash Pesikta Rabbati menyatakan bahawa BINTANG TAURUS yang terdapat di dalam kalender Gregorian merujuk kepada anak lembu yang disembelih oleh Nabi Ibrahim, BINTANG GEMINI merujuk kepada Nabi Yaakub dan abangnya Esau manakala BINTANG LEOmerujuk kepada anak Nabi Yaakub iaitu Judah yang juga digelar oleh masyarakat Yahudi sebagai SINGA TUHAN.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam yang memegang teguh kepada kitab al-Quran dan al-Haddis perlulah mengelak dari mencampur-adukkan amalan dan penggunaan tanda-tanda (simbol) yang terang-terang menggambarkan kekufuran. Mungkin suatu ketika dahulu kita NAIF dan kurang diberikan pendedahan berkaitan perkara ini. Kini dengan adanya kemudahan Media Internet kita boleh memberikan kesedaran dan maklumat kepada masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya berkenaan SIMBOL yang menjadi pegangan bangsa YAHUDI di dalam kehidupan seharian.

SIMBOL MESONIC KONSPIRASI MALAYSIA PUTERI GUNUNG LEDANG

Lagenda Puteri Gunung Ledang

Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem yang dilakon oleh M. Nasir dan Tiara Jacquelina pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya. Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini,“Asmaradana”. Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. “Puteri Gunung Ledang” telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar (“Academy Awards”) Tahun 2004.

Sinopsis Filem

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Untuk mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit,Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Putera Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

Dalam versi filem ini ia memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnyaputeri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Icon Puteri Gunung Ledang terhasil dari simbol "The Eyes of Horus"

Koleksi Icon "The Eyes of Horus"

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminanganGusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:

  • “Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air mata anak dara.
  • “Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya…” 7 tempayan air pinang muda.
  • “Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati kuman.
  • “Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya…” 7 dulang hati nyamuk.
  • “Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • “Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta…” 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang
  • “Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil…” 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak.

Mesej Masonic Diterjemahkan Secara Halus Dalam Lagu “Asmaradana”

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan ‘darah’ yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan. Begitulah ceritanya tentang filem ini. Tetapi itu dari kacamata perfileman sahaja. Dari sudut pandangan mesej yang hendak diutarakan ia jelas MERBAHAYA dan MENGELIRUKAN kita. Apa tidaknya, dalam klip video Lagu “ASMARADANA” nyayian Tiara, terdapat banyak unsur-unsur ILLUMINATI dan FREEMASONS yang diselitkan sebagai halwa mata dan dendangan di telinga kita.

Gerak tari dan lenggok badan berunsurkan Masonary

Cuba hayati klip video ini di mana unsur-unsur berikut jelas dijadikan FOKUSsecara JELAS dan SISTEMATIK. Mari kita senaraikan satu persatu unsur tersebut :

  1. The Eye of Horus @ Ra - Merekacipta dan merubah simbol purba Mesir kepada ICON FILEM – Puteri Gunung Ledang di mana simbol ini adalah merujuk kepada Dewa Matahari (Ra) perlindungan, diraja kuasa dan kesihatan yang baik yang dianuti oleh juak Freemasons dan Illuminati,http://www.squidoo.com/the-eye-of-ra-tattoo
  2. Triangle Stage – Pembinaan pentas tarian berbentuk geometri segitiga yang tidak lengkap dan diterangi oleh lampu di sudut paling atas segitiga tersebut. Bentuk segitiga ini adalah merujuk kepada ” The all-seeing eye of God” yang menjadi Simbol Ketuanan Dajjal,
  3. The Illuminati Maze – Apakah kaitannya maze ini dalam menceritakan filem ini. Tiada kaitan, hanya untuk menguatkan lagi kewujudan unsur Illuminati dalam klip video ini. Ini kerana kegunaan maze ini adalah sebagai hiasan simbolik penganut Illuminati,
  4. The Devil 6-6-6 – Mengapa digunakan simbol 6-6-6 untuk jumlah penari pengiring? Sedangkan kawasan pentas dan sekitarnya masih luas ini. Angka 6-6-6 ini merujuk kepada Dajjal atau Lucifer,
  5. The Incomplete Triangle – Segitiga ini dapat dilihat semasa penari pengiring mengayakan simbol 6-6-6 bersama Tiara. Ini adalah BUKTIkukuh yang menjelaskan TUJUAN utama klip video ini dihasilkan, ia tidak lain adalah untuk memBUKTIKAN kepada Masyarakat HOLLYWOODbahawa ini bukan FILEM WAJAH KITA tetapi FILEM WAJAH MEREKA,
  6. Idol Worshiping – Langkah tari dan lenggok badan adalah menyerupaiUPACARA PENYEMBAHAN yang dijalankan dalam MASONARY SPIRITUAL CEREMONY,
  7. The Sign of Devil – Cuba perhatikan cara gerak tari Tiara semasa mengangkat tangan dan menutup sebelah MATA secara berulang kali. Tindakan ini menyerupai SIMBOL KOD RAHSIA juak-juak MASONIC.

Marilah kita berlapang DADA, membuka MINDA dan mencari IDEA untuk menyelamatkan negara kita dari dibelenggu oleh proksi atau anasir luar yang bertopengkan nilai KESENIAAN, KEBUDAYAAN dan KREATIVITI BERTERASKAN MASONIC…..

TERDEDAH, KIAN RAMAI TUTUP AKAUN FACEBOOK

Senjata Ampuh Juak-Juak Dajjal

Teknologi adalah tanda kemajuan yang dicapai mengikut peredaran zaman. Namun begitu, setiap teknologi dan ciptaan mempunyai pro dan kontranya. Dalam hal ini, kita akan membicarakan tentang kesan sampingan dan kaedah mengawal dari kita terus dibuai oleh CIPTAAN MUSLIHAT DAJJAL yang sentiasa memberikan kita ruang untuk menjadi lalai dan alpa terhadap tanggungjawab kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini.

Kesan Sampingan Facebook

  1. Membazir waktuPengguna Facebook enggan berenggang dari komputer, laptop, handphone, dan gadget yang mampu mengakses Facebook. Banyak waktu terbuang di depan komputer. Jika terasa kehidupan yang sementara ini tidak lengkap tanpa facebook, aturlah waktu.
  2. Keretakan dan keruntuhan rumah tanggaAda kes seorang isteri dibunuh kerana si isteri menukar statusnya menjadi single. Si suami yang marah tanpa berfikir panjang telah menamatkan riwayat isterinya.
  3. Foto yang diletakkan dalam Facebook boleh dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawabLetaklah foto di Facebook dengan bijak, karena bukan anda dan teman anda sahaja yang boleh melihat. Seluruh dunia boleh melihatnya, kecuali anda men-setting foto anda menjadi private, dan hanya orang-orang tertentu yang mampu melihat foto anda.
  4. Manipulasi maklumat peribadi – Semua maklumat yang diletakkan dalam Facebook, ia akan dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak bertanggunjawab.
  5. Gangguan orang yang tidak dikenali.

Tips Dan Panduan Dalam Menggunakan Facebook

  1. Jangan gunakan password yang lemah.
  2. Jangan berikan tarikh lahir yang tepat dalam Profile
  3. Jangan pandang remeh kebaikan yang ada dalam Privacy Controls.
  4. Jangan masukkan nama-nama penuh anak anda (mahupun nama penuh kawan-kawan anda) dalam Photo Caption.
  5. Jangan beritahu semua orang “You ll Be Away From Home”.
  6. Jangan biarkan search engines mencari anda.
  7. Jangan biarkan anak anda menggunakan Facebook tanpa dikawal atau dipantau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 2 Ogos 2011

ADAKAH SUDAH DIRANCANG?ATAU DISENGAJAKAN?






ANDA LIHAT SENDIRI..
INI DIAMBIL DI MAP GOOGLE..
IANYA SEDIKIT KABUR MUNGKIN SUDAH DIKETAHUI...BANGUNAN INI SEMUANYA DIMALAYSIA